Promosi Kesihatan " 1 Labuan sihat & cergas"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ingin Menjadi Ahli Kami?????????

Hai semua pembaca-pembaca blog PSKL...

Kini PSKL telah di jana oleh 35 orang ahli dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.. dengan konsep 1 Malaysia , kami berbesar hati seandainya anda sudi menjadi ahli persatuan kami.....

Apa yang anda patut buat untuk menjadi ahli kami????????

Hanya perlu emailkan hasrat dah biodata anda ke email kami
pskllabuan@yahoo.com

Yuran keahlian buat masa ini hanyalah

RM10 untuk yuran pendaftaran ( RM24 + RM10 = RM34 ) 1st year only
RM24 untuk setiap tahun

Anda pasti berpuas hati seandainya menjadi ahli kami.. dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di jalankan sepanjang tahun..........


Apa tunggu lagi marilah menjadi ahli PSKL!!!!!!!!!!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gambar-Gambar Kenangan 2009















Naib Johan Anugerah Sukan Untuk Semua seluruh Malaysia..

















Johan Anugerah Sukan Massa Peringkat W.P Labuan



Fiesta Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2009 Kg Pandan





Peserta Malaysia Book's of record - Aerobicthon



Ahli-ahli persatuan sempena "generasi bebas jenayah"





Wajah kejayaan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Persatuan Sukan & Kecergasan Labuan

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia... salam perpaduan...........

Persatuan Sukan dan Kecergasan Fizikal Wilayah Persekutuan Labuan (PSKL) telah ditubuhkan pada 29hb April 2004 dan di daftarkan pada 13hb Oktober 2004 mengikut seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PERSATUAN

Sebagai satu badan Persatuan Sukan dan Kecergasan Fizikal ( PSKL ) , adalah menjadi tanggungjawab Persatuan ini untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan berkonsepkan untuk semua bagi memenuhi objektif sebenar Persatuan ini.

Untuk mencapai tujuan diatas, persatuan ini akan memainkan peranan melalui penganjuran Kursus , Cermah, Seminar, Bengkel, Kegiatan sukan-sukan, Latihan kecergasan, Kejohanan Kecergasan dan rekreasi serta lain-lain aktiviti.



INSTRUKTOR KEBANGSAAN

Persatuan ini juga telah melahirkan 3 orang Instruktor Kebangsaan yang diiktiraf oleh Majlis Kecergasan Kebangsaan ( NFC ) setelah berjaya mengikuti kursus-kursus yang di anjurkan oleh NFC. Di jangka perstuan akan melahirkan lebih ramai instruktor kebangsaan pada masa akan datang.



AKTIVITI-AKTIVITI MINGGUAN PERSATUAN

Aktiviti-aktiviti mingguan persatuan adalah mengadakan sessi senamrobik mingguan pada setiap hari Selasa dan Khamis bertempat d Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan. Aktiviti seperti Lines Dance juga turut diadakan setiap hari Jumaat yang diterajui oleh ahli Persatuan ini sendiri.

Selain daripada aktiviti mingguan, Persatuan ini juga seringkali di jemput oleh agensi-agensi Kerajaan dan badan-badan swasta untuk mengadakan sesi senamrobik.



PENCAPAIAN PERSATUAN SEPANJANG TAHUN 2009

Tahun 2009, PSKL telah mencapai beberapa kejayaan yang cemerlang dan amat dibanggakan. Pada Ogos 2009 persatuan telah menghantar wakil-wakil ke Fiesta Kecergasaan Kebangsaan 2009 dan telah mendapat kejayaan yang cemerlang hampir semua kategori yang dipertandingkan. PSKL juga telah menghantar wakil untuk kategori “ Malaysian Book’s of Records” dengan mengikuti acara aerobikthon. Selain itu, persatuan jua telah di nobatkan sebagai persatuan sukan terbaik seluruh Labuan dan melayakkan PSKL untuk di calonkan sebagai persatuan sukan terbaik seluruh Malaysia dalam Anugerah Sukan Untuk Semua. Terbukti akhirnya kejayaan persatuan apabila di anugerahkan tempat ke-2 bagi persatuan sukan terbaik dalam anugerah sukan untuk semua pada tahun 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS